Thursday 25 August 2022

JANGAN MUDAH PENAT JIKA TIDAK CAPAI KEJAYAAN

 
Ada masa setelah berusaha bersungguh-sungguh, kita jadi penat kerana masih tak jumpa jalan. Kata orang, tidak ada jalan. Tidak ada peluang. Tidak ada cahaya di hujung terowong.

Ada ketika setelah mencuba segala-galanya, kita mula rasa sangsi dengan keupayaan diri, dan terfikir hendak berhenti. Terasa apa yang dilakukan selama ini hanya sia-sia. Lebih baik berhenti sahaja daripada terus melakukan perkara yang tiada lagi peluang untuk mencapainya.

Kadangkala, apa yang perlu lakukan adalah berhenti sekejap, lihat dari perspektif berbeza. Berhenti sekejah sahaja. Bukan berhenti terus. Kira macam berehat dan untuk menilai kembali apa yang telah dilakukan.

Mungkin kita hanya perlu kurangkan beberapa perkara bagi memberi ruang untuk fokus pada perkara lebih utama. Buat banyak, tetapi tidak fokus biasanya tidak akan membuahkan hasil. Fokus amat penting untuk memastikan sesuatu kejayaan dicapai.

Fokus kepada perkara yang mempunyai peluang lebih untuk berjaya. Hidup ini penuh warna warni dan peluang. Jadi, jangan mudah berputus ada. Kita cipta kejayaan biarpun terpaksa berdepan cabaran maha besar.

No comments:

Post a Comment