Monday 15 August 2022

PERBEZAAN BERUK DENGAN KERA

 
Banyak orang keliru dengan nama sejenis haiwan yang dipanggil monyet, kera, beruk dan beberapa nama lain seperti mawas, babun, siamang, ungka, lotong, kekah, kelabat, awan, kawa, wak-wak, ketek, kunyuk dan macam-macam nama lain. 

Ada kenyataan yang mengatakan perkataan ‘monyet’ adalah merujuk kepada kumpulan haiwan-haiwan tersebut. Manakala ada pula mendakwa monyet sejenis haiwan yang hampir menyerupai kera.

Kali ini cukup disebut dua nama sahaja iaitu kera (Macacus cynomolgus) dan beruk (Macaca nemestrina).

Kera adalah jenis yang banyak hidup di hutan tebal atau kawasan berhampiran dengan kediaman manusia. Kera biasanya tinggal di atas pokok, namun akan turun ke tanah jika makanan terdapat di tanah, terutama yang dicampakkan atau diberikan oleh manusia.

Kera dikenali dengan ada bahagian ekor yang panjang. Ia suka atau mahir untuk bergayut di dahan pokok dan melompat dari pokok ke pokok. Kera mempunyai tangah lebih panjang berbanding kaki. Sebab itu ia mudah bergayut di dahan.

Beruk (Macaca nemestrina) secara fizikalnya lebih besar berbanding kera. Beruk tidak ada ekor panjang. Hanya ada sedikit bahagian yang tumbuh atau keluar dari bahagian badan sambungan daripada tulang belakang.

Beruk memiliki otak lebih besar berbanding kera. Sebab itu, beruk boleh dijinakkan dan dilatih untuk memetik kelapa dan buah-buahan. Beruk lebih kuat dan mampu bekerja memetik buah kelapa dalam tempoh masa panjang.

Untuk memastikan beruk berupaya melaksanakan tugas dengan baik, tahap pemakanan beruk perlu diutamakan. Selain diberi makan nasi dan buah-buahan, beruk juga diberimakan telur separuh masak, air susu dan sebagainya.

Buah paling baik untuk makanan beruk ialah pisang yang dapat memberi sumber tenaga untuk melakukan tugas memetik buah. Sebagai penambah tenaga, ada pemilik memberikan beruk madu lebah dan air kesihatan yang biasa diminum oleh manusia.

Gambar atas - kera

Beruk

No comments:

Post a Comment