Tuesday 30 August 2022

Pengunjung kecewa tiada pertunjukan bunga api

 
Pertunjukan bunga api dianggap kemuncak sesuatu acara. Biarpun sekejap, ia tetap menarik minat orang ramai untuk menghadiri sesuatu program.

Sebab itu, apabila dalam atur cara ada menyatakan tentang pertunjukan bunga api, maka ramai yang hadir untuk menyaksikannya.

Tentu sekali mereka akan berasa kecewa jika pertunjukkan bunga api yang dijanjikan seperti dalam atur cara dibatalkan.

Kepada yang berkenaan, jangan masukkan acara pertunjukkan bunga api untuk menarik kehadiran pengunjung sekiranya dalam acara sebenar tidak ada.

No comments:

Post a Comment