Wednesday 11 May 2022

CARA MUDAH MENANGKAP IKAN AIR TAWAR

 
Ikan air tawar atau juga dikenali ikan darat hidup di dalam sungai, tali air, paya, parit, bendang, kolam dan sebagainya.

Untuk menangkapnya, cara yang biasa digunakan ialah menahan pukat, menjala, mengail, membelat dan tahan taut.

Namun, rezeki ikan air tawar mudah ditangkap ketika musim kemarau. Banyak habitat ikan tawar menjadi kering atau kuantiti air banyak berkurangan yang memboleh ikan ditangkap dengan mudah.

Penduduk kampung akan mengambil peluang menangkap pelbagai jenis ikan air tawar untuk dijadikan hidangan keluarga mahupun dijual. Disebabkan terlebih bekalan, ada yang dijadikan ikan kering dan ada juga dibuat perkasam.

Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam, harum, keli, puyu dan tilapia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. 

Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.

Cara hilangkan bau ikan air tawar:
- Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
- Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
- Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
- Biarkan lebih kurang 30 minit
- Bilas semula di bawah air mengalir

No comments:

Post a Comment