Monday 16 May 2022

PENGETAHUAN ASAS TERNAK KELULUT

 
Menternak kelulut semakin mendapat minat penduduk di Malaysia. Ia mampu membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Dengan kata lain, pengetahuan mengenainya amat penting. Bukan sekadar ambil mudah sahaja.  

Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri ke lokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil di Malaysia.

Apa yang paling asas adalah seseorang itu mesti tahu mengenai keperluan dan tabiat kelulut.

Kelulut mempunyai banyak spesisd dan genus daripada yang sesuai diternak sehingga kelulut liar. Sarang kelulut lazimnya di dalam tunggul kayu secara semula jadi tetapi kini telah disesuaikan dengan menggunakan sarang lebah kotak komersil.

Perkara asas adalah pemilihan lokasi untuk menternak kelulut di mana ia amat penting dikaji tentang banyak faktor terutamanya kesesuaian, keselamatan dan juga mempunyai sumber makanan mencukupi.

Asasnya adalah tempat yang sesuai untuk diternak kelulut perlulah tempat yang kaya dengan pokok bunga, redup, ada sumber air dan tiada musuh semula jadi.

Pokok bunga tersebut perlulah pula kaya dengan nektar dan pollen serta ada jenis tumbuhan yang menghasilkan resin. Bunga-bungaan yang lebah kelulut suka hinggap lazimnya mempunyai nektar dan debunga serta sumber resin untuk dijadikan propolis.

Antara jenis pokok yang elok terdapat di tempat penternakan kelulut ialah pokok pinang, pokok ceri hutan, kelapa, ciku, rambutan, duku, belimbing, dokong, pokok gelam dan mangga.

Pokok bunga yang menghasilkan bunga berwarna warni dan berbau wangi menarik minat kelulut. Sejenis pokok yang paling terkenal ditanam untuk kelulut ialah pokok air mata pengantin dan pokok akar dani.

Terdapat lebih daripada 80 spesis kelulut di Malaysia dan kurang dari 10 spesis yang sesuai diternak dan dikomersilkan. Bukan semua spesies kelulut yang kita jumpa boleh diternak untuk madu.

Ada juga kelulut yang diternak hanya untuk menjadi agen pendebungaan di kebun. Apabila ada agen pendebungaan lazimnya pokok buah-buahan mampu menghasilkan buah sehingga 3 kali ganda hasilnya.

No comments:

Post a Comment