Sunday 11 April 2021

NARATIF KERJASAMA UMNO PKR


Kelompok dalam UMNO yang proPPBM membawa naratif kerjasama UMNO dengan PRK yang didakwa dirancang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti pendedahan rakaman audio mirip suara kedua-dua pemimpin tersebut.

Ahmad Zahid didakwa telah mengkhianati ahli akar umbi UMNO yang tidak mahu kerjasama dengan PKR semasa PRU15 nanti.

Kalaupun rakaman audio itu tulen, sebenarnya tidak dinyatakan mengenai kerjasama UMNO dengan PKR untuk menghadapi PRU15. Yang disebut hanya kerjasama selepas PRU15 untuk membentuk jajaran baharu politik mentadbir negara.

Perkara perlu difokus sekarang ialah berkaitan PRU15. UMNO telah memutuskan untuk tidak berkejasama dengan PPBM, PKR dan DAP pada PRU15 nanti.

Jadi, kelompok mana sebenarnya lebih bersalah? ProPPBM yang beriya-iya ingin UMNO berkerjasama dengan PPBM semasa PRU15, atau Ahmad Zahid yang didakwa akan berkerjasama dengan PKR selepas PRU15?

Soal jajaran baharu selepas PRU15 terlalu subjektif. Mungkin jajaran baharu itu juga melibatkan PPBM. Siapa tahu.

Sekarang fokus kepada persiapan PRU15 tanpa kerjasama dengan PPBM, PKR dan DAP. 

No comments:

Post a Comment