Saturday 10 April 2021

JAJARAN POLITIK BAHARU SELEPAS PRU15

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah menetapkan tiada kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Itu keputusan ahli akar umbi.

UMNO sudah bersedia untuk menghadapi PRU15 atas nama Barisan Nasional (BN) seperti mana sebelum ini. Parti komponen BN lain ialah Kongres India Malaysia (MIC), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Dengan kata lain, UMNO tidak bersendirian untuk menghadapi PRU15 nanti.

Selain parti komponen, BN turut mendapat sokongan parti-parti yang bersama secara persefahaman iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Punjabi Malaysia (PPM), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) dan Parti Makkal Sakti Malaysia (PMSM).

Keputusan tidak berkerjasama dengan PPBM, PKR dan DAP adalah ketika PRU15. Selepas PRU15 tidak diputuskan atau dibangkitkan lagi.

Maka itu disebut jajaran baharu selepas PRU15. Ketika itu, mungkin BN akan mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti asalkan ia memberi keuntungan dan kebaikan kepada BN.

Apa yang penting sekarang ini ialah BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi PRU15. Tidak perlu difikirkan tentang jajaran baharu yang belum pasti. Tidak perlu ambil kisah tentang pendedahan rakaman audio mirip suara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika BN menang sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen, maka BN tidak perlu membentuk kerjasama dengan mana-mana parti.

No comments:

Post a Comment