Tuesday 18 February 2020

KAMPUNG KELUAT TANJUNG PAUH BACHOK

Kampung Keluat atau Mukim Keluat merupakan salah satu kampung yang terletak dalam daerah Tanjung Pauh, Bachok.

Daerah Tanjong Pauh ialah salah satu daerah yang terletak di dalam Jajahan Bachok. Di sebelah utara bersempadan dengan Daerah Tawang, di sebelah selatannya Bekelam, di sebelah timur Repek dan Perupok dan sebelah barat Jajahan Kota Bharu.

Kampung Keluat terletak lebih kurang 5 kilometer dari bandar Bachok. Kampung ini dihubungkan dengan jalan raya yang baik untuk ke lokasi lain sekitar kampung berkenaan. Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Kemasin.

Di Kampung Keluat terdapat bendang padi yang luas mata memandang. Terdapat aktiviti pertanian lain turut diadakan dan penternakan. Kampung Keluat termasuk dalam kawasan pengurusan Lembaga KemajuanPertanian Kemubu (KADA).

Sebagai kampung yang juga berstatus mukim, di Kampung Keluat terdapat sebuah masjid untuk mendirikan solat Jumaat iaitu Masjid As Sallehi.

No comments:

Post a Comment