Saturday 29 February 2020

CARA CEGAH PENYAKIT TULANG REPUT


Penyakit tulang rapuh (osteoporosis) berlaku apabila ia kehilangan kepadatan seterusnya mengakibatkannya rapuh dan mudah patah. Antara cara untuk mencegah penyakit tulang reput ialah dengan mengambil pemakanan yang berkhasiat mengandungi kalsium, vitamin D, protin, fosforus dan sodium.

- Kalsium
Nutrien ini amat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Jumlah pengambilan kalsium disarankan ialah 800 miligram (mg) setiap hari bagi lelaki dan wanita. Sumber kalsium diperoleh daripada produk tenusu seperti keju dan yogurt, ikan, sayur-sayuran hijau, kekacang serta bijiran. Perlu mengambil satu hingga tiga sajian sehari dan makan secara sederhana.

- Vitamin D
Vitamin D yang mencukupi diperlukan untuk penyerapan kalsium menjadi lebih berkesan. Sumber vitamin D diperoleh daripada ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin kerana mengandungi kandungan vitamin D yang tinggi. Jumlah vitamin D yang perlu diambil setiap hari ialah 5 hingga 10 mikrogram. Golongan warga emas pula 15 mikrogram.

- Protein
Protein diperlukan untuk kesihatan tulang kerana ia membantu dalam proses pembinaan tulang. Banyak kajian menunjukkan pengambilan protein yang mencukupi dapat membentuk ketumpatan tulang dengan baik. Sumber nutrien ini diperoleh daripada produk tenusu, daging, telur dan soya.

- Fosforus
Peranan nutrien ini sama seperti kalsium iaitu untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat. Nutrien ini boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan seperti produk tenusu, benih labu, kekacang dan produk soya.

- Sodium
Sodium yang berlebihan dalam diet boleh menyebabkan kehilangan kalsium daripada badan melalui air kencing. Kehilangan kalsium yang berterusan menyebabkan kerapuhan tulang dan keadaan ini berbahaya. Oleh itu, disarankan mengurangkan pengambilan makanan terlalu masin.

No comments:

Post a Comment