Kuasa Yang Dipertuan Agung pecat Perdana
Menteri? Adakah Tuanku ada kuasa berdasarkan peruntukan Perlembagaan. Adakah
cara untuk pecat Perdana Menteri?
Perkara 39 Perlembagaan memberi kuasa
eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian
dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara
lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
Perkara 40 pula memperuntukkan, biarpun pada
menjalankan tugas Yang Dipertuan Agong bertindak atas nasihat
Kabinet atau Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi
bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
1. Melantik seorang Perdana Menteri.
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui
permintaan membubarkan Parlimen.
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja
diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran
raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.
Walaupun Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa
melantik seorang perdana menteri, tetapi Baginda tidak mempunyai kuasa untuk
memecat atau melucutkan jawatan perdana menteri.
Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk
melantik perdana menteri yang pada pendapat Baginda boleh mendapat sokongan
sekurang-kurangnya satu perdua majoriti ahli Dewan Rakyat.
Pembuktian sokongan itu sama ada dinyatakan oleh parti yang mendapat majoriti lebih satu perdua, atau orang dipilih oleh gabungan parti-parti atau melalui perakuan ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan kepada individu berkenaan.

Jawatan perdana menteri gugur melalui empat cara:
Pertamanya perdana menteri sendiri
meletak jawatan tersebut pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Keduanya ialah apabila perdana menteri
hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat disebabkan oleh hukuman mahkamah
(setahun penjara atau denda RM2000 atau kedua-duanya sekali), gila atau muflis.
Ketiga ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan. Bagaimanapun, perdana menteri boleh mengekalkan jawatannya sehingga perdana menteri baru dilantik selepas pilihanraya umum diadakan.
Ketiga ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan. Bagaimanapun, perdana menteri boleh mengekalkan jawatannya sehingga perdana menteri baru dilantik selepas pilihanraya umum diadakan.
Keempat, apabila mendapat undi tidak percaya
sekurang-kurangnya satu perdua di kalangan ahli Dewan Rakyat agar dia
diberhentikan atau meletak jawatan. Ia juga bermaksud perdana menteri
tidak lagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu perdua ahli Dewan Rakyat
sepertimana membolehkan dia dilantik sebagai perdana menteri.
Berlainan pula dengan kuasa untuk memecat timbalan perdana menteri dan menteri. Perkara 43 Fasal 5 menjelaskan kuasa Yang diPertuan Agong boleh membatalkan perlantikan menteri, yang termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

No comments:
Post a Comment