Wednesday 14 February 2018

CHAP GOH MEH HARI CARI JODOH

Tahun Baru Cina disambut meriah sehingga hari ke 15. Namun kemeriahan lebih tertumpu pada hari pertama dan kedua mengikut hari yang diiystiharkan cuti umum. Satu hari lagi ialah pada hari ke 15 yang dipangggil pesta tanglung atau dalam dialek Kokkien disebut Chap Goh Meh.

Hari kelima belas adalah hari bulan penuh. Menyerikan lagi bulan purnama dihiasi dengan tanglung dan lampu.

Mengapa memasang tanglung dan lampu pada Hari Chap Goh Meh? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan.

Hari itu kebetulan 15 hari bulan Tahun Baru Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunga, burung dan binatang.

Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Pada Hari Chap Goh Meh, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membakar mercun dan bermain mahjung selain upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang lebih besar.

Pada zaman dahulu, hari Chap Goh Meh adalah satu-satunya hari di mana anak gadis yang mencapai usia perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan keluar dari rumah dengan dandanan dan pakaian paling cantik.

Oleh itu, pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga akan keluar berkumpul untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan dapat memilih dan meminang gadis yang diminati.

Menurut lagenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah di kaki agar mereka akan sentiasa bersama hingga akhir hayat mereka.

Memandangkan hajat pada malam Chap Goh Meh dianggap lebih makbul, para gadis yang telah berdandan akan menuju ke tokong-tokong pinggir laut bagi melontarkan limau mandarin dan membuat hajat bagi mendapatkan suami yang baik.

Pada waktu itu, gadis-gadis itu juga akan ditemukan dengan telangkai (orang tengah), yang kemudian membantu mencari dan mengaturkan perkahwinan dengan lelaki dari keluarga bersesuaian.

No comments:

Post a Comment