Wednesday, 14 February 2018

TUJUAN BAKAR MERCUN TAHUN BARU CINA

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China.

Tindakan Nian membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini.

Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk bernama Nian itu dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.

Semasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering  berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri Nian akan mengganas di kawasan rumah mereka.

Pembakaran mercun sekarang ini lebih kepada untuk kegembiraan dan lambang kemewahan.

Bagaimanapun, pembakaran mercun diharamkan di kebanyakan negara biarpun di negara yang majoriti penduduk berketurunan Cina. Ini sedikit sebanyak menunjukkan masyarakat Cina moden tidak lagi mempercayai tentang amalan membakar mercun untuk menghalau Nian mahupun hantu.

No comments:

Post a Comment