Wednesday 14 February 2018

AMALAN PANTANG LARANG TAHUN BAHARU CINA

Perayaan Tahun Baharu Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Tahun Baharu Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Masyarakat Cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Antaranya ialah mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.

Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.

Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.

Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).

Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai 'fa fa cai’, yang bermaksud 'untuk menjadi kaya’. 

Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk "mencuci nasib seseorang" pada awal tahun baharu.

Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

Selalunya pada Tahun Baharu Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat kerana ia dipercayai membawa malang.

Biasanya budak nakal ahli keluarga tidak akan marah atau kalau budak buat salah supaya mungkin budak pecah gelas ibu bapa mungkin cakap pecah itu tanda bagus untuk mencantikkan keadaan yang kurang baik hari itu semua cakap baik sahaja.

Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai warna hitam atau putih yang merupakan warna berkabung.

Angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baharu Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. 

Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.

Namun terdapat segelintir yang juga memberikan buah epal sebagai simbolik kesihatan yang lebih baik.

Sekarang ramai juga orang yang bagi epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik.

Sebelum masuk tahun baharu perlu buang segala barang lama bukan sahaja fizikal tetapi dari segi fikiran apa fikiran dan pengalaman lama yang tidak baik sakit hati membawa tuah kurang baik akan dibuang dalam hari itu.

Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baharu pada hari berkenaan sebagai simbolik permulaan tahun baharu.

Dia macam reset kita punya energy semua baharu apa yang kurang baik sudah dibuang dalam hari pertama semua diperbaharui dari segi fikiran fikizal, kasut baharu semua baharu.

Jumlah angpau yang diberikan pula mesti berangka genap. Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. 

Kalau ada orang bagi RM6 perlulah diberikan 1 keping RM5 dan 1 keping RM1. Bilangannya mesti genap. 

Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Biasanya kita akan elak beri angpau yang bernombor ganjil.

Tema Tahun Baharu Cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

No comments:

Post a Comment