Kuih
tonyoh semakin dikenali semasa musim tengkujuh. Kuih tonyoh ni kira macam kuih
putu halba yang banyak didapati pada musim tengkujuh di Kelantan. Kiranya
kedua-dua jenis kuih ini adalah kuih bermusim.
Adakah
kuih tonyoh tidak boleh dibuat pada musim panas? Apa pula tidak boleh. Sebenarnya
kuih tonyoh boleh dibuat bila-bila masa asalkan ada ubi kayu dan alat parut.
Ubi
kayu adalah bahan asas untuk membuat kuih tonyoh. Memandangkan ubi kayu mudah
diperoleh pada musim tengkujuh, maka banyaklah orang buat kuih tonyoh pada
musim tengkujuh.
Penyediaan kuih tonyoh dianggap mudah dan peralatan untuk memasak
kebanyakannya ada di kebanyakan rumah. Peralatan yang diperlukan ialah pemarut
dan kukusan.
Ubi kayu yang telah diparut akan digaulkan dengan sedikit garam.
Untuk kelihatan warna warni, boleh dimasukan juga pewarna.
Bahan yang telah digaul rata akan dibuat tompokan atau diasingkan
mengikut ukuran dikehendaki. Kemudian dikukus selama kira-kira 20 hingga 30
minit.
Untuk memakannya, ikut cara masing-masing. Ada yang memakannya
bersama kelapa parut dicampur dengan gula atau manisan.
Untuk lebih sedap, sediakan kuah berbentuk manisan yang biasa
dimakan dengan putu atau serabai.
Kalau hendak makan kosong pun ok. Rasanya macam ubi kayu rebus
biasalah.
Mengapa dipanggil kuih tonyoh? Sebabnya ketika memarut ubi kayu itu kena 'tonyoh', iaitu menekan dengan kuat ke atas mata parut. Kalau tidak ditekan dengan kuat atau tonyoh, maka tiada ada hasil parutan ubi kayu.
No comments:
Post a Comment