Pantun
dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan
terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk
menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
Pantun
merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap,
empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian.
Tiap-tiap
rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap
rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut
memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.
Harun
Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan
aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur
estetik dan isi (tema dan persoalan).
Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan
lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan
pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara
pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit
atau abstrak.
Menurut
Zaba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat
Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai
berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.
Secara
ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau sajak
pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang
popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan
dua baris maksud.
Contoh
pantun:
Sirih
junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Sirih
junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih
kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih
kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Orang
Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata
No comments:
Post a Comment