Friday, 1 June 2018

APA BEZA GHIBAH DENGAN FITNAH

Apa itu ghibah? Ghibah adalah menceritakan kepada orang lain perkara benar tentang seseorang, sedangkan orang berkenaan tidak mahu cerita itu disebarkan kepada orang lain.

Tanya sahabat: “Wahai Rasulullah, apa itu ghibah?” Baginda menjawab: “Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.” Kemudian sahabat bertanya lagi: “Bagaimana jika apa disebutkan itu benar?” 

Baginda menjawab dengan sabda bermaksud: “Kalau apa disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika perkara itu tidak benar, engkau sudah melakukan buhtan (pembohongan besar).” - (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

Kalau pekara benar pun kita ditegah menyebarkannya jika orang yang berkaitan dengan berita itu tidak menyukainya, maka tentu lagi lagi dilarang jika perkara itu tidak benar atau fitnah.

Fitnah ialah tuduhan melalui cerita, khabar atau kisah yang diada-adakan atau agak-agak untuk mendatangkan keburukan terhadap seseorang, keluarga atau kumpulan. 

No comments:

Post a Comment