Dahulu
wanita hanya membantu suami dalam urusan mencari rezeki seperti mengerjakan kebun
dan berniaga kecil-kecilan. Peredaran zaman telah dan berubah dan bergitu juga peranan
isteri.
Kehidupan
yang semakin kompleks memerlukan sesebuah keluarga menyediakan peruntukan
kewangan yang lebih besar. Hal ini tidak mampu ditanggung oleh suami yang
berpendapatan rendah.
Penglibatan
isteri dalam pekerjaan banyak membantu suami dalam menampung nafkah
keluarga. Beban yang terpaksa ditanggung oleh suami menjadi lebih
ringan. Kestabilan ekonomi keluarga kini turut disumbangkan oleh isteri.
Sebenarnya,
wanita tidak boleh mengharapkan lelaki sepenuhnya dalam memenuhi keperluan
hidup. Banyak keadaan yang mana wanita perlu berusaha sendiri mencari
rezeki. Paling tidak ketika mereka belum berkahwin.
Ibu
bapa tidak selama-lamanya dapat menanggung anak yang sudah dewasa dan dapat
berdikari. Lebih-lebih lagi keluarga besar yang mempunyai adik beradik
masih bersekolah.
Keadaan
paling kritikal bagi wanita ialah apabila terpaksa menjadi ibu tunggal. Jika
tidak mempunyai pekerjaan sendiri, sudah tentu ibu tunggal tidak mampu menyara
anak-anak yang ditinggalkan oleh suami akibat perceraian maupun kematian.
Bilangan
ibu tunggal di negara kita bukan sedikit. Mengikut perangkaan Jabatan
Perangkaan Malaysia, terdapat kita-kira 831,860 ibu tunggal di seluruh negara,
berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Bancian
itu mengklafikasikan ibu tunggal sebagai wanita yang menjadi ketua isi
rumah atau balu yang bercerai atau berpisah tetap, dan mempunyai anak yang
belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
Berdasarkan angka itu, ibu
tunggal merupakan 2.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
Sesungguhnya
bukan sedikit ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai kerja di luar kemampuan
dan kerelaan mereka semata-mata demi menuruskan kehidupan menjaga
anak-anak.
Mereka
terpaksa melakukan pekerjaan yang pada dasarnya tidak mampu dilakukan oleh
wanita. Malah ada yang terdesak sehingga terpaksa melakukan pekerjaan
terkutuk menjadi pelacur, menerima rasuah dan sebagainya. Dalam keadaan terlalu
terdesak, norma kehidupan tidak diperdulikan lagi.
Isteri
perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam perkahwinan. Banyak
perkahwinan berakhir dengan perceraian. Isteri menanggung akibat buruk
setelah hilang tempat bergantung dan perlindungan.
Kajian menunjukkan status hidup
wanita menjunam sebanyak 36 peratus selepas bercerai. Keadaan ini dapat dikurangkan jika wanita sudah mempunyai
pekerjaan. Mereka dapat berdikari dan meneruskan hidup dengan sempurna
biarpun terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak.
Justeru, amat wajar wanita ambil kesempatan memiliki kerjaya yang sesuai. Selain membantu meningkatkan ekonomi kelurga, ia sebagai langkah berjaga-janga menghadapi kehidupan masa depan yang tidak pasti.
No comments:
Post a Comment