Kejayaan
memajukan negeri adalah lambang keupayaan pemimpin mentadbir, selain kesungguhan
rakyat melakukan sesuatu yang membawa kepada kebaikan.
Dengan
kata lain, mana-mana negeri gagal membangun atau tidak setanding negeri lain, itu
boleh dianggap kegagalan pemimpin mentadbir negeri.
Tentu
sesuatu yang pelik jika ada pemimpin mengatakan sengaja memperlahankan kemajuan
sesebuah negeri. Apa motif sebenar kenyataan itu?
Adakah
rakyat boleh menerima alasan dangkal yang dinyatakan pemimpin mengenai mengapa kemajuaan
negeri diperlahankan? Atau, adakah rakyat gembira dan menerima hakikat itu sebagai
satu yang memberi kebaikan dan perlu disokong?
Islam
mengajar umatnya memajukan diri, masyarakat dan negara. Islam berkembang ke seluruh
dunia hasil daripada keyakinan bahawa Islam memenuhi tabie manusia.
Manusia
suka kepada sesuatu yang lebih baik. Bumi ini terbentang luas untuk dimanfaatkan
oleh manusia. Sesungguhnya mencari kekayaan dan kenikmatan hidup adalah satu ibadat.
No comments:
Post a Comment