Tuesday, 24 December 2024

PASAR FILIPINA KINI DIKENALI ANJUNG KINABALU

 
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai ‘Pasar Filipina’ kini dijenamakan sebagai Anjung Kinabalu. Penjenamaan itu diambil sebagai kesinambungan kepada nama permulaan Anjung iaitu sebuah lokasi yang terletak di pesisir laut atau pantai. Nama Kinabalu juga diambil sebagai identiti kepada unsur yang ada di Negeri Di Bawah Bayu. .
 
Pemilihan nama Anjung Kinabalu adalah kesinambungan kawasan sedia ada seperti Anjung Senja, Anjung Selera dan sebagainya. Manakala nama Kinabalu diambil adalah seiring dengan unsur yang ada di Sabah iaitu Gunung Kinabalu yang turut dikenali oleh semua rakyat di Malaysia.
 
Penjenamaan pasar itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong pada Jun 2024.
 
Penjenamaan itu juga adalah bagi membolehkan para pengunjung dan pelancong datang ke negeri ini khususnya ibu negeri dapat mengenali kawasan berkenaan.
 
Jadi ini akan memudahkan lagi pelancong apabila mereka datang ke Kota Kinabalu untuk mengenali suatu tempat apabila kita menamakan Anjung Kinabalu, orang sudah tahu di mana.
 
Anjung Kinabalu itu dibahagikan kepada lima blok bangunan yang akan menjual pelbagai produk termasuklah pasar malam; pasar kraftangan; pasar sinsuran; pasar buah dan pasar ikan masin. Antara nama blok berkenaan adalah D’Walai Suri; D’Walai Mutiara; D’Walai Cincin; D’Walai Haruman dan D’Walai Matabiru.
 
Anjung Kinabalu memang menjadi lokasi tumpuan mereka yang berkunjung ke Sabah, khususnya Kota Kinabalu.





No comments:

Post a Comment