Wednesday 3 July 2024

GAM BANTU USAHAWAN TANI MUDA

 
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM174.16 juta bagi memperkasakan golongan belia dalam sektor agromakanan melalui bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) sejak 2016 sehingga kini.
.
Seramai 9,529 penerima di seluruh negara menerima manfaat daripada peruntukan itu merangkumi bantuan barangan seperti input dan peralatan pertanian serta infrastruktur ladang dengan nilai RM20,000 per individu.
.
Peruntukan ini meliputi pengeluaran tanaman, perikanan dan ternakan. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sehingga suku pertama tahun ini, 41 peratus iaitu 764 usahawan muda berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.
.
Manakala, 71 usahawan berhasil mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran nasional, iaitu pemasaran produk sekurang-kurangnya tiga negeri.
.
Tahun ini, sebanyak RM1.42 juta Geran Agropreneur Muda telah diagihkan kepada 71 agropreneur muda di bawah bimbingan Jabatan Pertanian bagi fasa satu dan dua.
.
Melalui geran ini, usahawan boleh memilih untuk digunakan dalam industri asas tani, contohnya memproses makanan atau aktiviti huluan iaitu menguruskan tanaman atau ternakan, kalau dapat membuat dalam pelbagai rangkaian, jadi pendapatan lebih meningkat.
.
Geran Agropreneur Muda merupakan pemangkin kepada ramai usahawan muda dan turut mengutarakan cadangan untuk meningkatkan had siling GAM Start-Up sehingga RM30,000 serta mewujudkan GAM Scale-Up dengan nilai maksimum RM 50,000.
.
GAM Scale-Up ini terbuka kepada penerima geran start-up yang berjaya mengembangkan perusahaan selari dengan tempoh masa projek dan mempunyai potensi untuk ke tahap yang seterusnya.
.
Dilihat minat golongan muda dalam bidang pertanian semakin meluas dengan dunia teknologi masa kini, mereka perlu rajin menerokai pelbagai ilmu pertanian dan meningkatkan pengetahuan. Saya percaya, kalau kita 'turun padang', ramai usahawan petani muda ini sudah bergelar jutawan.

No comments:

Post a Comment