Thursday 20 June 2024

GALAKAN TANAM DURIAN UNTUK EKSPORT KE CHINA

 
Pengusaha durian di Malaysia diseru menanam pokok raja buah itu dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China. Usaha itu selari dengan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China yang disempurnakan pada 20 Jun 2024.
.
Pemeteraian protokol itu perlu dimanfaatkan kerana aktiviti pengeksportan durian merupakan perniagaan yang bernilai tinggi dan membantu meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan.
.
Pemeteraian itu membolehkan durian dari Malaysia dieksport terus ke China dengan mengikut peraturan dan lesen yang ditetapkan dan sebagainya.
 
Malaysia sebelum ini diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada 2018.
.
China merupakan pasaran eksport utama durian dari Malaysia dengan nilai eksport RM887 juta pada 2022.
.
Kerajaan melalui Jabatan Pertanian sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pengusaha dalam memastikan durian yang dihasilkan dari ladang tempatan itu berkualiti dan sesuai dieskport ke China.
.
Tanamlah apa sahaja jenis durian tapi mesti berkualiti untuk dieskport. Durian bukan sahaja boleh dieksport ke China, tetapi juga ke negara-negara lain. Media antarabangsa baru-baru melaporkan mengenai permintaan durian yang semakin meningkat dan mendapat permintaan daripada penduduk global.

No comments:

Post a Comment