Thursday 30 November 2023

KLINIK KESIHATAN KOK LANAS

 
Penduduk sekitar Kok Lanas, Kota Bharu menikmati perkhidmatan kesihatan lebih selesa apabila operasinya berpindah ke lokasi baharu di Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 3). Majlis penyerahan bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Bin Hussin pada 30 Nov 2023. Pada majlis yang sama turut dilakukan penyerahan Kuarters Kok Lanas.
 
Berlakunya penyerahan tersebut bermakna operasi di bangunan tersebut boleh digunakan bila-bila masa dan bergantung kepada Jabatan Kesihata Negeri Kelantan menentukan tarikhnya apabila semua urusan yang berkaitan selesai dilakukan.
 
Projek yang dilaksanakan secara konvensional tender terbuka ini terdiri daripada Bangunan Utama dan Blok Sokongan yang mengandungi ruang berikut:-
- Klinik Kesihatan (Jenis 3)
- Kuarters Kelas 2G & 2F (4 Unit)
- Pondok Pengawal
- Stor
- Pencawang TNB
- Rumah Pam
- Garaj Ambulans
- Rumah Sampah
- Menara Tangki Air
 
Penyiapan projek ini akan memberikan manfaat yang besar kepada penduduk sekitar Kok Lanas, Kota Bharu serta memberikan keselesaan kepada kakitangan klinik dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat di Negeri Kelantan ini.
 
Kredit kepada pemilik asal gambar

No comments:

Post a Comment