Kelantan pernah digelar Koridor Depu. Nama itu diiystiharkan
oleh Kerajaan Kelantan apabila kerajaan mempergiatkan usaha penanaman pokok
depu.
Perasmian projek dilakukan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku
Anis binti Tengku Abdul Hamid di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul
Saadah, Beta Hulu, Kota Bharu pada tahun 2007.
Serentak pengumuman kerajaan negeri berkaitan projek ladang depu,
berpuluh-puluh papan iklan besar telah dipasang di sekitar jalan-jalan utama di
negeri Kelantan bagi menghebohkan projek tersebut kepada rakyat Kelantan kerana
penanaman pokok depu atau gaharu masih baharu dan tidak diusahakan oleh
negeri-negeri lain.
Papan iklan itu juga sebagai perang saraf terhadap Projek
Koridor Pantai Timur yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)
Pusat.
Projek depu digambarkan amat menguntungkan. Harga untuk sekilogram depu gred
terbaik dikatakan bernilai RM12,000-RM14,000 untuk sekilogram pada ketika itu.
Harga itu dianggap amat menguntungkan.
Manakala harga pasaran untuk minyak gaharu dikatakan mencecah sehingga
RM45,000/kg bergantung kepada kualiti kayu gaharu.
Mengambil kira keuntungan bakal diraih, kerajaan Pas Kelantan memperkenalkan
Projek Ladang Depu dengan menggunakan sistem 'pajak dan kongsi'.
Penanam depu dikatakan mampu meraih hasil yang lumayan selepas 6 tahun usia
tanaman tersebut diusahakan.
Sebaliknya, setelah sekian lama masa berlalu, projek depu sehingga kini diam
serta sepi tanpa berita? Projek ladang depu terus jadi sedu. Pokok depu yang
dianggaran sebatang pokok RM1,000 kini sepi.
Penanam depu yang mengharapkan keuntungan besar yang dijanjikan bulan dan
bintang tidak mendapat apa-apa hasil. Usaha yang dilakukan sia-sia. Pihak
mendapat untung besar ialah pembekal anak pokok depu.
Projek yang gagal itu dikaitkan dengan pemimpin tertentu. Namun, dengan masa
yang sudah lama perkara itu lenyap begitu sahaja, melainkan ada yang sekadar
membangkitkan semua untuk imbau kembali.
Pokok gaharu juga dikenali pokok karas atau mengkaras hidup di kawasan tanah
pamah sehingga ketinggian 750 meter dari aras laut dan memerlukan taburan hujan
dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi,
produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan
menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu
dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan
Taiwan.
Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram
untuk gred terbaik. Malah, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi
iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum
dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
Baca juga;

No comments:
Post a Comment