Friday 13 January 2023

KEBAIKAN ADAKAN PERTANDINGAN SUKANEKA

 
Sukaneka adalah sukan yang pelbagai jenis diadakan pada satu-satu masa di tempat yang sama. Sukaneka diadakan lebih kepada untuk berhibur, membentuk hubungan, mengasah kreativiti dan membina keyakinan diri.
 
Biarpun pertendingan sukaneka juga menang dan kalah, ia bukan satu matlama utama. Sebab itu, penyertaan dalam sukaneka dilakukan secara santai untuk berhibur. Biasanya tidak ada latihan dan pasukan khusus dibentuk untuk menyertainya.
 
Malah ada peserta yang kali pertama mengetahui tentang permainan tersebut. Dengan sedikit maklumat mengenainya dan dinyatakan tentang syarat-syarat pertandingan, peserta terus menyertai pertandingan.
 
Sebab itu, sukaneka memang mendapat sambutan setiap kali diadakan. Bukan sahaja peserta tunjukkan minat, tetapi juga penonton. Sokongan dan sorokan penonton memang hebat setiap kali acara sukaneka diadakan.
 
Acara sukaneka wajar dijadikan sebagai cara memupuk semangat kebersamaan dalam aktiviti. Sesiapa pun boleh menjadi peserta mengikut kategori ditetapkan.

No comments:

Post a Comment