Monday 1 March 2021

POTONG BARISAN SIKAP PENTINGKAN DIRI

 
Kita biasa menggunakan ungkapan ‘potong barisan’ dan ‘potong jalan’. 

Kedua-dua ungkapan peribahasa atau pepatah itu membawa maksud yang sama, iaitu mendahului individu lain yang sepatutnya berada di hadapan, mendapat hak atau diutamakan.

Sikap potong barisan bermakna merampas hak orang lain yang lebih berhak mendapatnya atau diutamakan. 

Perbuatan potong jalan ini menampakan sikap biadap, angkuh dan pentingkan diri.

Potong jalan dilakukan dengan ‘ganas’ kerana berasa diri lebih hebat dan berkuasa. 

Individu yang melakukan perbuatan itu tidak fikir tentang nasib orang lain. 

Asalkan hajatnya tercapai, dia tidak fikir kesannya kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment