Friday 26 March 2021

JANGAN CEPAT MELATAH – ISMAIL SABRI

UMNO Dulu Kini Selamanya..

Baca dan fahamkan elok-elok apa yang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri tegaskan:

“MKT dah buat beberapa keputusan dan saya ingin mengulang kembali pertamanya kita akan menggunakan lambang BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti… maknanya walaupun kita dengan Muafakat Nasional (MN) atau sebagainya kita akan menggunapakai lambang BN."

"Keduanya ‘No PKR, No Dap’. Ini juga merupakan keputusan MKT dan hari ini ditekankan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataanya mengatakan UMNO tidak akan berunding dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya dan saya kira pun selepas pilihan raya mungkin itulah keputusan kita."

“Ketiganya keputusan MKT meneruskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan terus menyokong sehingga pilihan raya. Itu jelas dari segi kerajaan. Dari segi menteri dan ahli parlimen kita yang berada di dalam kerajaan hari ini terus menyokong kerajaan sehingga pilihan raya,”

“Seterusnya keputusan MKT adalah kerjasama antara kita dengan Bersatu dari segi parti diputuskan apabila parlimen dibubarkan dan ini ‘clear’. Saya rasa tidak ada siapa yang mempertikaikan dari segi keputusan MKT. Maknanya kita ni macam ‘cerai taklik’… apabila bubar parlimen jatuh talak kita… jadi kita dah menjelaskan daripada awal bahawa hubungan kita terputus secara automatik apabila parlimen dibubarkan."

“Setiap ahli parti dan MKT malah saya sebagai Naib Presiden tentu sahaja akan mempertahankan keputusan yang dibuat MKT dan daripada segi disiplin parti kita perlu patuh kepada setiap keputusan yang dibuat oleh MKT. Inilah keputusan yang kita pegang sehinggalah pilihan raya,”

“Saya harap kita kena bertenang sebab ramai pihak yang mahu melihat UMNO ini berpecah. Keluar satu berita yang tidak berapa jelas kebenarannya kita dah bergaduh… kita tuduh orang sana… kita tuduh orang sini… kita petik nama orang sana… kita petik nama orang ini… ini tidak menguntungkan parti."

“Sekarang ini fokus parti untuk menghadapi pilihan raya sebenarnya. Sebab itu Biro Latihan dan Pekaderan yang dipertanggungjawabkan kepada saya… kita buat latihan pekaderan Bangkit 15 adalah tujuannya untuk menyediakan parti menghadapi pilihan raya yang kita katakan mahu cepat… kita kata kita nak cepat… jentera dah ‘ready’ atau belum? Sebab itu saya nak menyediakan jentera supaya ‘ready’ sebelum akhir Mei dan kita dah selesai mengadakan kursus ini supaya apabila tiba-tiba ada pilihan raya jentera dah ‘ready’,”

“Sebab itu kita bersiap sedia dan mempersiagakan diri. Buat masa ini kita kurangkan terpengaruh dengan berita-berita yang tidak memberi manfaat kepada UMNO dan akhirnya tumpuan kita lari daripada fokus sebenar. Tumpuan sebenar adalah memperkukuhkan parti untuk menang pilihan raya,”

Sumber: UMNO Online. 

No comments:

Post a Comment