Saturday 27 March 2021

PAS LAWAN UMNO/BN PADA PRU15 IKUT KEHENDAK BERSATU?

Perikatan Nasional (PN) bersedia meletak calon di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) sekiranya Umno terus berkeras dan tidak mahu bertolak ansur berhubung pengagihan kerusi.

Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 nanti.

Dimaksudkan semua kerusi itu sudah tentu termasuk yang diperuntukkan kepada Pas yang turut menjadi parti komponen PN.

Persoalannya, adakah Pas akan melawan UMNO/BN jika diagihkan kerusi yang sama ditandingi UMNO oleh PN? Atau, parti mana akan disokong Pas jika UMNO berdepan dengan PN?

No comments:

Post a Comment