Sunday 20 December 2020

POKOK BUAH KECUBUNG BERACUN

Pokok kecubung tumbuh meliar di kawasan lapang atau belukar yang terbiar dan boleh dikategorikan sebagai rumpai. Terdapat juga pokok kecubung ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik.

Pokok kecubung atau nama saintifiknya Datura stramonium merupakan pokok renek herba semusim yang berasal dari Negara China. Rupa bentuk tumbuhan ini menyerupai pokok terung dan tidak hairanlah kerana ianya dari keluarga yang sama iaitu Solanaceae. Disebabkan itu, ada yang memanggil pokok kecubung sebagai terung pungak atau dalam dialek Utara dipanggil terung pungaq.

Terdapat 3 jenis kecubung iaitu kecubung besar, kecubung kecil dan kecubung putih.

Pokok kecubung mudah dibiakkan menggunakan biji benih dari buahnya yang berduri berwarna hijau muda ketika muda dan bertukar ke warna coklat apabila matang.

Buah yang matang akan pecah dan menyemburkan biji-biji yang berwarna hitam untuk pembiakan secara semulajadi. Ianya juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang.

Pokok kecubung boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter, batangnya berkayu keras dan bercabang membentuk rimbun. Bunganya membentuk serombong atau trompet dalam berbagai saiz dan warna yang berbeza iaitu ungu dan putih, terdapat juga bunga kuning atau oren, tetapi kurang dijumpai.

Pokok kecubung merupakan tumbuhan yang beracun kerana terdapat unsur-unsur toksik terutama kandungan alkaloid. Gejala ini boleh menyebabkan kulit menjadi merah, sakit kepala, halunisasi dan mungkin konvulsi iaitu mengigil dan kejang serta koma.

Semua bahagian tumbuhan ini beracun, namun begitu keracunan hanya akan berlaku sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Jika ada yang keracunan kecubung, terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

Disebabkan kesan mabuk, maka ada kata pepatah ‘mabuk kecubung’ untuk merujuk kepada pasangan kekasih yang kemaruk cinta.

Amat malang ada yang menyalahguna daun kecubung sebagai untuk khayal.

Kandungan kimia yang terkandung dalam kecubung adalah hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona.

Namun begitu kecubung merupakan salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina. Walaubagaimana pun penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luaran sahaja.

Dalam perubatan Melayu pula, kecubung biasanya digunakan untuk merawat penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang, bisul dan resdung.

Berbagai cara dan kaedah boleh digunakan dan salah satu cara bagi menghilangkan angin pasang pada buah zakar bayi. Cara rawatan angin pasang ialah dengan ambil daun dan dilayurkan. Gunakan daun itu untuk balut buah zakar. Boleh juga daun dilayur itu dijadikan tuam.

Selain itu daun kecubung juga digunakan untuk tuam barut perut bayi untuk mengatasi masalah perut kembung.


Gambar: Buah kecubung. Sumber media maya.

2 comments:

  1. Adaka tak jual anak atau bilik benih pokok kecubung asli saya sedang mencari pokok tersebut

    ReplyDelete
  2. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete