Saturday 2 June 2018

MELAYU LEMAH DAN HINA AKIBAT BERPECAH

Kedudukan Melayu menjadi lemah apabila berpecah. Dalam keadaan berpecah, mudah pihak lain memberi tekanan terhadap Melayu. Melayu lemah dan dihina. Memandangkan kekuatan Melayu juga memberi kekuatan kepada Islam, maka yang memusuhi Melayu bukan sahaja berasaskan kaum, tetapi juga agama.

Justeru, pihak tidak ingin melihat Islam terus membangun, maka Melayu perlu dilemahkan. Cara melemahkan Melayu paling berkesan ialah menyemaikan bibit perpecahan sesama Melayu. Sikap curiga dan dendam sesama Melayu dijadikan senjata paling ampuh untuk melemahkan Melayu.

Sikap dendam ditegah oleh Islam. Namun, demi menjatuhkan sesama Melayu, dendam tidak lagi dilihat perkara buruk. Dendam dianggap motivasi untuk menghancurkan pihak lain. Mereka lupa ajaran agama dan nilai-nilai murni.

Pihak lain hanya bertepuk tangan dan bergemira apabila sesama Melayu berpecah. Melayu saling melemahkan sesama Melayu. Jadi, tugas pihak lain hanya menunggu meraih untung akibat perpecahan Melayu.

Apabila Melayu lemah, Islam pun lemah. Pihak lain mendapat dua keuntungan. Pihak lain ingin Melayu lemah dan Islam lemah. Perkara itu terjadi apabila Melayu berpecah. Jadi, cara dilakukan ialah bagaimana meningkatkan lagi sentiman dendam dan perpecahan sesama Melayu.

Yang melemahkan Melayu adalah Melayu sendiri. Pihak lain hanya tunggu masa untuk hancurkan Melayu ketika mana Melayu betul-betul lemah dan tidak mampu bangkit lagi. Jadi, Melayu perlu elak perpecahan yang akan melemahkan Melayu.

Melayu perlu kuat jika ingin Islam dimartabatkan di Malaysia. Jangan beri peluang kedudukan Islam dipertikaikan. Ada pihak cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Usaha meliberalkan Islam sedang diusahakan pihak lain dengan menggunakan orang Islam sendiri. Islam liberal semakin tampak di Malaysia. Perkasakan Malayu, selamatkan Islam.

No comments:

Post a Comment