Tuesday 16 January 2018

TANDA KEUPAYAAN PEMIMPIN

Kejayaan memajukan negeri adalah lambang keupayaan pemimpin mentadbir, selain kesungguhan rakyat melakukan sesuatu yang membawa kepada kebaikan.

Dengan kata lain, mana-mana negeri gagal membangun atau tidak setanding negeri lain, itu boleh dianggap kegagalan pemimpin mentadbir negeri.

Tentu sesuatu yang pelik jika ada pemimpin mengatakan sengaja memperlahankan kemajuan sesebuah negeri. Apa motif sebenar kenyataan itu?

Adakah rakyat boleh menerima alasan dangkal yang dinyatakan pemimpin mengenai mengapa kemajuaan negeri diperlahankan? Atau, adakah rakyat gembira dan menerima hakikat itu sebagai satu yang memberi kebaikan dan perlu disokong?

Islam mengajar umatnya memajukan diri, masyarakat dan negara. Islam berkembang ke seluruh dunia hasil daripada keyakinan bahawa Islam memenuhi tabie manusia.

Manusia suka kepada sesuatu yang lebih baik. Bumi ini terbentang luas untuk dimanfaatkan oleh manusia. Sesungguhnya mencari kekayaan dan kenikmatan hidup adalah satu ibadat.

Jadi, sesuatu yang tidak kena pada tabie penduduk sesebuah negeri jika masih menyokong dan ingin mengekalkan kerajaan yang sengaja ingin memperlambatkan kemajuan negeri.

No comments:

Post a Comment