Monday, 29 January 2018

TIMUN BATANG

Dalam dialek Kelantan timun batang adalah merujuk kepada timun dalam istilah bahasa baku atau cucumber dalam bahasa Inggeris.

Manakala timun dalam dialek Kelantan adalah merujuk kepada tembikai mengikut istilah bahasa baku atau watermelon dalam bahasa Inggeris. Tembikai juga dipanggil timun cino (Cina).

Jadi, bagi orang luar Kelantan mempunyai pasangan dari Kelantan, hati-hati bila mendengar perkataan timun. Pastikan betul-betul sama ia adalah timun atau tembikai.

Tanya balik untuk kepastian sama ada timun batang atau timun cino.  

No comments:

Post a Comment