Monday 29 January 2018

MEDAN ILMU KOTA BHARU

Medan Ilmu sinonim dengan dataran tempat diadakan kuliah agama dan ceramah politik. Setiap pagi Jumaat pasti di Jalan Datuk Pati dan kawasan sekitarnya dipenuhi pengunjung.

Ia bukan sahaja dikunjungi penduduk Kota Bharu dan Kelantan, bahkan juga pengunjung dari luar negeri dan luar negara.

Sebagai mercu tanda Medan Ilmu, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) membina sebuah pintu gerbang yang dinamakan Pintu Gerbang Medan Ilmu Tok Guru.

Ia siap dibina pada Mac 2017 dan dirasmikan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan pada 23 Sept 2017.

Ilham pembinaan pintu gerbang berwarna putih dan keemasan itu diambil bersempena dengan sebuah tempat pengajian ilmu agama di India.

No comments:

Post a Comment