Malaysia negara merdeka. Kemerdekaan sangat
penting kerana ia memberi kebebasan kepada sesebuah negara atau individu
menentukan arah tuju dan nasib sendiri tanpa campur tangan pihak luar.
Kemerdekaan membolehkan pembangunan identiti, budaya dan sistem nilai sejajar dengan aspirasi rakyat. Kemerdekaan juga memberi peluang kepada bangsa mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial dengan lebih bebas serta bermaruah.
Justeru, kebebasan yang dimiliki perlu digunakan sebaiknya, terutama daripada pengaruh tinggalan penjajah dari segi pemikiran, budaya dan kebergantungan.
Ini kerana, kemerdekaan sebenar menurut Islam bukan hanya bermaksud bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga pembebasan minda, jiwa dan budaya daripada pengaruh luar bertentangan dengan nilai Islam.
Ia membabitkan kebebasan untuk hidup mengikut ajaran Islam secara menyeluruh, tanpa ditundukkan ideologi atau sistem merosakkan iman dan moral umat, serta memastikan kedaulatan syariat bagi membina masyarakat adil dan sejahtera.
Kebebasan menurut acuan Islam menekankan kembali kepada prinsip Islam sebenar dalam membentuk identiti, nilai dan pemikiran umat Islam, mengembalikan mereka kepada al-Quran dan sunnah.
Ilmu adalah asas kepada perkembangan tamadun. Ia menjadi kerangka kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya. Maka itu, sebarang bentuk ilmu yang diterima perlu disaring bagi memastikan ia harmoni dengan nilai dan kehendak Islam.
Ini memerlukan umat Islam tidak hanya pasif menerima ilmu dari luar, tetapi juga menjadi peneroka dan pencipta ilmu relevan dengan dunia moden, tanpa kehilangan nilai asas Islam.
Sementara itu, budaya turut memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti masyarakat. Maka, budaya yang perlu diikuti dan bangunkan adalah menurut acuan Islam yang selaras dengan nilai Islam. Ini bukan bermakna menolak sepenuhnya pengaruh luar, tetapi menyaring budaya asing melalui lensa Islam.
Umat Islam perlu mengembangkan budaya mengangkat akhlak, adab dan nilai diajarkan Islam, seperti hormat kepada orang tua, kasih sayang kepada sesama manusia dan keadilan sosial.
Perlu difahami, kembali kepada tradisi budaya Islam tidak bermakna kembali ke masa lampau tanpa perubahan, tetapi mengambil elemen bersesuaian dengan perkembangan masa kini.
Budaya Islam adalah dinamik dan mampu menyerap unsur baik dari luar selagi ia tidak bertentangan dengan syariah. Proses membangunkan identiti budaya perlu menjauhkan pengaruh negatif, seperti materialisme, hedonisme dan individualisme.
Penjajah tidak hanya menguasai tanah dan sumber alam, tetapi juga minda dan ideologi masyarakat dijajah. Ideologi diperkenalkan penjajah sering kali bertentangan ajaran Islam seperti sekularisme, liberalisme dan kapitalisme.
Dalam konteks politik, pembebasan ideologi menuntut umat Islam tidak mengambil bulat-bulat demokrasi liberal, sebaliknya ia perlu disesuaikan dengan prinsip Islam.
Sebagai alternatif, model pemerintahan berteraskan Islam menekankan keadilan, persaudaraan dan kemaslahatan umum perlu diketengahkan.
Selain itu, ideologi ekonomi kapitalisme menekankan keuntungan maksimum tanpa memperhatikan keadilan sosial perlu diganti dengan sistem ekonomi Islam menekankan kesejahteraan bersama dan zakat sebagai instrumen pembahagian kekayaan.
Islam sebagai satu cara hidup lengkap menawarkan panduan jelas dalam usaha membebaskan umat daripada nilai negatif ini, bagi memastikan umat Islam dapat membina semula identiti, budaya dan pemikiran sesuai dengan fitrah mereka sebagai hamba Allah SWT.

No comments:
Post a Comment