Kelantan
FM merupakan stesen RTM pertama di Malaysia yang mempelopori siaran daerah. Slogannya ialah
Penuhi Cita Rasa Anda. Ia dikendalikan oleh Jabatan Penyiaran Kelantan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan.
Siarannya boleh
didengari di seluruh negeri Kelantan dan juga kawasan sempadan seperti Jerteh
di Terengganu dan Lipis di Pahang dan Golok di Selatan Negara Thai.
Sejarahnya
bermula pada 16 November 1963, di mana Radio Malaysia Kota Bharu mula
beroperasi. Perasmian pembukaan pula dilakukan pada 6 November 1964 oleh Al-Sultan
Kelantan, Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim Petra.
Majlis
perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Abd. Razak, Menteri Penerangan dan Penyiaran Malaysia dan juga Menteri Besar
Kelantan, Muhammad Asri.
Lokasinyat terletak kira-kira 6 kilometer (km) dari pusat
bandar Kota Bharu. Keluasan tapak stesen kira-kira 5 hektar, terdiri dari bangunan pejabat,
studio, pemancar dan padang aerial.
Antara kemudahan yang ada ialah bilik pusat
kawalan, studio ceramah, studio suntingan, auditorium dan bilik hubungan
Kelantan fm.
Siaran
daerah pada masa itu disiarkan hanya beberapa jam sahaja sehari dan mendapat
sambutan segenap lapisan masyarakat.
Pada awal penubuhannya, Radio Malaysia Kota Bharu merupakan stesen permulaan
memulakan siaran daerah kawasan timur berbanding dengan negeri-negeri lain dan
berita daerah disampaikan dalam loghat Kelantan.
Kakitangan
awal radio ini hanyalah seramai 66 orang iaitu dari bahagian teknikal dan
rancangan. Pada awal penubuhannya, stesen ini merupakan ibu pejabat bagi kawasan timur sehinggalah pada tahun 1972.
Pada
tahun 1972, fungsinya sebagai ibu pejabat telah dipindahkan ke Stesen
Radio Televisyen Malaysia Kuala Terengganu yang baru siap dibina. Dengan
perpindahan ini maka RTM Kota Bharu menjadi stesen siaran tempatan.
Siaran
tempatan bermula jam 5.15 petang hingga 6.15 petang. Mulai 1 September 1980
masa siaran tempatan ditambah selama 30 minit lagi untuk siaran sebelah pagi
dari jam 8.30 hingga 9.00 pagi.
Apabila
waktu Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan pada 1 Januari 1982. waktu
siaran tempatan juga diubah kepada mulai jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi
manakala siaran sebelah petang pada jam 5.45 petang hingga 6.45 petang.
Masa
siaran tempatan turut diubah pada tahun 1986 apabila siaran tempatan dikenali
RMKB yang bermula jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi setiap hari manakala pada
tahun 1988 siaran tempatan sebelah petang dimulakan dari jam 4.00 petang hingga
6.00 petang.
Pada
tahun 1993, RTM telah mengubah polisinya daripada tiga siaran iaitu siaran
kebangsaan, daerah dan tempatan kepada siaran kebangsaan dan negeri.
Sehubungan
dengan itu, nama stesen telah ditukar kepada Radio 3 Kota Bharu. Radio Malaysia
Kota Bharu juga menyumbang beberapa rancangan peringkat nasional seperti
rancangan Dikir Barat, Segar dan Mengharum, Pilihanku tetapi diambil alih stesen
Kuala Terengganu beberapa tahun kemudian yang dikenali nama rancangan Timur
11.30.
RTM
Kota Bharu juga menyumbang rancangan peringkat siaran daerah kawasan timur
seperti, Dalam kenangan, Dikir Barat, Hanya Untukmu Puan berbentuk kapsul,
Permintaan Dariku Untukmu sebuah rancangan bersama RTM Kuala Terengganu dan
Kuantan dan banyak lagi.
Bermulanya
selama 8 jam sehari dan seterusnya 18 jam sehari bermula dari 06:00 hingga
00:00.pagi. Pada tahun 1996, nama Radio 3 Kota Bharu telah ditukar kepada Radio
Malaysia Kelantan (RMK) selari dengan penyusunan semula stesen radio negeri-negeri di
seluruh negara.
RMK
boleh diterima siarannya melalui FM stereo dan Gelombang Sederhana di negeri
Kelantan, Hulu Terengganu dan Selatan Thailand.
Pada
1 April 2005, sempena Penjenamaan Semula Radio Malaysia nama Radio Malaysia
Kelantan ditukar kepada Kelantan fm.
Pada
17 Jun 2005, sempena Perasmian Pelancaran Penjenamaan semula Radio Malaysia
Kelantan kepada Kelantan, Menteri Penerangan, Datuk Sri Abdul
Kadir Syeikh Fadzir mengumumankan siaran Kelantan fm dilanjutkan dari 18 jam
kepada 24 jam mulai 1 Ogos 2005.
No comments:
Post a Comment