Teka bilangan isi buah manggis atau
dalam dialek Kelantan dipanggil buah seto memang menarik. Isi atau ulas isi buah
manggis memang tidak boleh dilihat dari luar.
Bagi orang tidak tahu cara, tentu
akan teruja jika ada orang memberi bilangan tepat ulas isi bagi setiap buah yang
dikopek atau dibuka.
Sebenarnya, amat mudah untuk mengira
ulas buah manggis atau seto ini. Dari luar lagi kita dapat tahu. Petua atau
caranya ialah dengan membilang tampuk.
Orang kata, buah manggis adalah buah
yang paling jujur di atas dunia ini. Buah manggis tidak pernah menipu manusia
tentang isi di dalamnya.
Bilangan ulas isi buah manggis salah sama dengan
bilangan tampuk yang terletak di bahagian bawahhnya.
Untuk memilih buah manggis yang elok, pilih yang
mempunyai bilangan tampuk yang banyak kerana ulas isinya kecil. Bijinya kecil
dan lebih sedap dimakan.
Kalau anda membeli longgokan manggis yang telah dipilih
oleh orang lain, biasanya yang tertinggal adalah yang mempunyai tampuk kurang.
Melainkan, orang yang memilih sebelum itu tidak tahu petua mengenai bilangan
ulas isi manggis berdasarkan bilangan tampuknya.
Info yg terbaik
ReplyDelete