Rezeki
jangan ditolak, bala jangan dicari. Elok sungguh nasihat orang tua kita.
Mengingatkan kita tentang sesuatu yang jauh berbeza antara rezeki dan bala.
Rezeki
adalah perkara yang baik. Orang berusaha keras untuk mencari rezeki. Rezeki
dalam pelbagai bentuk.
Rezeki tidak hanya dalam bentuk wang atau kebendaan.
Kesihatan yang baik juga satu rezeki. Mendapat kawan yang baik juga layak
dipanggil rezeki.
Maknanya
orang memang mengharapkan agar mendapat rezeki. Jadi, jika rezeki datang tanpa
dicari, itu dikira amat bertuah.
Dalam keadaan itu tentu sekali boleh diangap
bodoh jika menolak rezeki itu. Sebab itu orang tua memberi peringatan agar
rezeki yang datang itu jangan ditolak.
Bala
pula jangan dicari. Bala adalah keadaan yang kita tidak suka. Situasi yang
mendatangkan kerugian dan kesedihan. Bala adalah ujian untuk kita menerima
ketentuan Allah.
Ketika menerima rezeki kita bersyukur dan jika berdepan bala hendaklah
reda dengan apa yang berlaku.
Malang
sekali, perkara yang nyata mengundang bahaya kerap dilakukan oleh kita. Kita seakan
mencari bala. Ya... memang tiada siapa ingin bala menimpa dirinya.
Namun, kita sering
lupa bahawa kita sering menjemput bala dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan
bala.
Untuk
mengelak bala, jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan bala
datang. Apabila bala telah datang, dia tidak akan kembali, melainkan bala itu benar-benar
terjadi.
No comments:
Post a Comment