
Pokok gaharu juga dikenali pokok karas atau mengkaras hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 meter dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.
Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan
menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu
dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan
Taiwan.
Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram
untuk gred terbaik. Malah, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi
iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum
dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 juta ke Arab Saudi dan bekalan
hanya memenuhi 20 peratus daripada permintaan pasaran.
Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat
terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan
disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
Penanaman gaharu di Malaysia masih baharu dan belum popular, tetapi di negara
lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia
mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari
segi modal dan teknologi.
Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun dan akar) berguna dan dapat
dikomesialkan.
Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan
simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian
hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan
tanaman komoditi.
Dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6
tahun, selepas 12 bulan suntikan (inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang
untuk mendapatkan resinnya.
Untuk satu ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7
kaki. Anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1
juta.
Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu `agaru' yang bererti kayu berat
(tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila
dibakar.
Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang
menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Komponen
methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu
dibakar.
Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur
Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. Daun, akar dan kulit
gaharu digunakan sebagai ubat antimalaria sementara air sulingan penghasilan
gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit
kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.
Pokok karas ini merupakan spesis pokok hutan yang tumbuh secara meliar di dalam
hutan dan juga kebun-kebun getah orang kampung yang mana habitatnya adalah
mudah dan tidak rumit untuk hidup di mana-mana kawasan selain dari kawasan
tanah yang berair.
Teras gaharu terhasil adalah disebabkan pokok yang sakit, apabila pokok ini
sakit maka pokok ini akan mengeluarkan satu cecair yang dikenali damar atau
risen (boleh dikatakan juga sebagai antibodi) untuk merawat kembali
kecederaannya, damar dan risen inilah yang akan menyebabkan berlakunya
pembentukkan teras gaharu.
Baca juga;


No comments:
Post a Comment