Thursday, 10 April 2025

PERKEMBANGAN KHIDMAT KERETA API ETS

 
Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS - Electric Train Service) yang dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melalui fasa dan tempoh yang lebih baik sejak mula sehingga sekarang. Kereta api ETS menggunakan jenis kereta api unit gandaan elektrik (EMU - Electric Multiple Unit).
 
ETS1 yang merupakan generasi pertama, dibangunkan oleh Hyundai Rotem, sebuah syarikat dari Korea Selatan. Kereta api (tren) ini mula beroperasi pada tahun 2010, menawarkan kemudahan moden dan meningkatkan keselesaan perjalanan antara. Ia merupakan langkah gemilang dalam peningkatan kualiti perkhidmatan kereta api penumpang kendalian KTMB, yang sebelum itu sudah cukup "hebat" dengan perkhidmatan komuter.
 
Generasi kedua ETS2, dihasilkan oleh CRRC Zhuzhou Locomotive Company Ltd. dari China. Tren ETS2 ini mula beroperasi pada tahun 2019 dan dilengkapi dengan koc kelas perniagaan yang menawarkan kemudahan seperti audio video on demand (AVOD), butang bantuan, slot pengecas USB, soket kuasa tiga pin, lampu membaca, serta kerusi yang boleh diputarkan 360 darjah.
 
Seterusnya, ETS3 bakal beraksi pada masa hadapan dibangunkan oleh 
CRRC Zhuzhou Locomotive Company Ltd. (CRRC ZELC) salah sebuah syarikat di bawah China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC). 

ETS3 akan beroperasi di sepanjang laluan pantai barat dengan panjang keseluruhan kira-kira 950 kilometer dari Stesen Padang Besar di utara sehingga ke JB Sentral di selatan. Terdapat beberapa ciri ditingkat pada ETS3 berbanding ETS2 dan ETS1.
 
Kereta api ETS3 akan meningkatkan kapasiti penumpang dan kecekapan operasi dalam rangkaian transit rel tempatan, menggalakkan pemodenan transit rel Malaysia.

Kereta api ETS3, berkapasiti 312 tempat duduk dengan 36 untuk kelas perniagaan dan 276 tempat duduk standard.
 
Setiap generasi ETS ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam di Malaysia, memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada rakyat.


Gambar - ETS3
Kredit pemilik gambar asal

No comments:

Post a Comment