Saturday, 8 March 2025

BAZAR RAMADAN MINI PENDUDUK PULAU

 
Penduduk di kepulauan delta Sungai Kelantan, seperti Pulau Pantai Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Teluk Renjuna, Pulau Aur, Pulau Tongkang dan Pulau Pantai Baru perlu ke dataran utama menaiki bot jika ingin mendapatkan juadah berbuka di bazar Ramadan. 

Namun, kini penduduk dapat membeli juadah berbuka lebih mudah apabila pihak Masjid Mukim Teluk Renjuna menyediakan tapak Bazar Ramadan Mini berhampiran laluan menuju ke masjid berkenaan.
 
Tahun ini adalah kali kedua ia diadakan yang mendapat sambutan menggalakan daripada penduduk pulau. Biarpun tidak semeriah di Bazar Ramadan lain, ia sudah cukup untuk penduduk mendapat bekalan juadah berbuka, selain membuka peluang berniaga kepada penduduk setempat.
 
Malah, pihak masjid turut menyediakan ruang atau kemududahan untuk berbuka di masjid, selepas membeli bazar. Atau, terus berbuka di tepi sungai dengan pemandangan indah. Selepas berbuka boleh terus bersembahyang Maghrib di masjid.
 



No comments:

Post a Comment