Saturday, 15 February 2025

HANYA UNTUK KEUNTUNGAN SENDIRI

 
Suatu ketika dulu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pernah disebut sebagai "Khalifah Umar Abdul Aziz. Tidak pasti siapa memberi gelaran itu, tetapi yang pasti ia disambut dan diulang-ulang oleh sekelompok penyokong. Ketika itu, golongan ini berada dalam satu pakatan dengan DAP.

Namun, sekarang ini sebaliknya. Bukan setakat Guan Eng yang dimusuhi, tetapi seluruh ahli DAP. Bahkan, sesiapa sahaja berkawan dengan DAP turut akan dimusuhi dan dikeji.
 
Sikap inilah punca mengapa kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam itu sentiasa bertukar-tukar “regu” dalam perjuangan.

Mana-mana regu yang nampak lebih ke hadapan dan mempunyai pengaruh yang lebih, maka akan “bermasalah” hubungan dengan regu itu akan berdepan masalah.
 
Mereka ingin dominan dalam regu dan menjadi "king maker". Namun, cita-cita itu tidak kesampaian atau setakat berlaku sekejap sahaja.
 
Justeru, usaha dan sikap itu kini mula diragui regu dan bakal regu. Ada yang terus menolak hasrat kelompok itu apabila disuarakan untuk membentuk regu baharu.
 
Keikhlasan dan hasrat kelompok itu hanya untuk kebaikan sendiri dan bukan untuk bersama regu..

No comments:

Post a Comment