Berjalan 10,000 langkah sehari banyak beri
kebaikan serta manfaat untuk kesihatan. Justeru, jadikan berjalan kaki
sebagai budaya kesihatan yang perlu dilakukan untuk kehidupan sihat, ceria dan
bahagia.
Jumlah 10,000 langkah bersamaan berjalan kaki kira-kira 6 kilometer sehari.
Individu berjalan melebihi 10,000 langkah sehari, dianggap sebagai seorang yang
aktif dan sihat dari segi fizikal.
Walaupun jumlahnya agak besar dan
mencemaskan, seseorang tidak perlu berjalan terus sejauh 10,000 langkah. Kiraan
itu adalah berdasarkan bilangkan langkah yang dilakukan sepanjang
hari.
Sebenarnya jumlah itu tidak banyak dan bukan sukar untuk dilaksanakan kerana
memang kita sepanjang hari telah berjalan. Bagaimanapun, banyak di kalangan
kita sekadar berjalan dalam jarak yang dekat atau bilangan langkah yang terhad.
Untuk meningkatkan jumlah langkah dalam
sehari, cuba gunakan tangga dan elak menggunakan lif atau eskalator. Jadikan
berjalan kaki di taman sebagai rutin mingguan anda.
Amalan ini bukan sahaja membolehkan anda melakukan langkah yang
diperlukan bagi memperoleh tubuh dan minda yang lebih sihat, malahan anda juga
dapat menghirup udara yang bersih, segar dan nyaman.
Bawa rakan-rakan bersama anda.
Kemungkinannya, anda perlukan sekumpulan penyokong untuk membolehkan anda
meneruskan usaha tersebut. Anjurkan kumpulan berjalan kaki sama ada dengan
rakan sepejabat, universiti, sekolah ataupun kawasan kejiranan anda.
Anda tidak akan rasa keseorangan bahkan anda boleh memberi dorongan antara satu
sama lain untuk terus berjalan kaki dan mewujudkan persaingan sihat sesama
sendiri. Jika anda lebih gemar berjalan bersendirian, teruskanlah nikmati waktu
bersendirian itu sambil berjalan kaki.
Walau apa pun, pastikan senaman berjalan
kaki ini menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. Lama-kelamaan anda akan
dapati bahawa anda telah berjalan lebih daripada 10,000 langkah dan anda akan
bertanya kepada diri sendiri, mengapakah begitu sukar untuk memulakannya.
Meningkatkan kesedaran dan meningkatkan
aktiviti fizikal untuk mendapat kebaikan dari segi kesihatan dan menurunkan
risiko yang dikaitkan dengan mereka yang tidak aktif secara fizikal.
Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjadikan senaman berjalan kaki
sebagai salah satu rutin harian mereka. Untuk membantu menurunkan kadar obesiti
dan berlebihan berat badan melalui senaman berjalan kaki.
Berjalan dengan langkah 10,000 sama seperti
berenang selama 90 minit, berbasikal selama 70 minit, bermain bola sepak selama
90 minit.
Amalan berjalan dapat membantu mengawal dan
mencegah osteoporosis, selain itu dapat juga mengurangkan risiko penyakit
kronik. Antara manfaat lain berjalan kaki ialah mengurangkan risiko kanser
kolon, payudara dan prostat.
Berjalan kaki atau bersenam juga membantu
mengurangkan masalah perut buncit, menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Kebaikan berjalan kaki berbanding riadah
atau sukan lain ialah ia sesuai untuk semua golongan umur dan individu. Boleh
dilakukan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.
Maka itu, tidak ada alasan untuk anda
berkata sukar berjalan kecuali anda memang menghadapi penyakit yang sukar untuk
berjalan. Berjalanlah untuk kesihatan dan kehidupan lebih baik.
No comments:
Post a Comment