Tuesday 21 May 2024

PERBEZAAN ANTARA REPELLING DAN ABSEILING

 
Repelling dan abseiling adalah satu aktiviti menuruni suatu tempat yang tinggi dengan menggunakan tali. Namun ada perbezaan antara repelling dengan abseiling.
 
Penurunan yang mempunyai platform (tempat berpijak ) disebut sebagai
repelling. Contohnya, turun dari atas menara yang ada dinding untuk tempat berhenti seketika sebelum turun seterusnya. Kawalan kelajuan pergerakkan turun dikawal melalui kaedah kawalan tali. Aktiviti menuruni tebing curam menggunakan tali juga sebahagian repelling.
 
Penurunan yang tidak mempunyai platform (tempat berpijak) disebut sebagai
abseiling. Abseiling adalah satu kemahiran menggunakan tali untuk turun secara menegak dari kawasan tinggi seperti gunung, air terjun, jambatan mahupun helikopter.
 
Gambar -  FB 8 Briged

No comments:

Post a Comment