
Cacar adalah penyakit virus yang mudah berjangkit yang berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pada kulit.
Pada
zaman sekarang, penyakit cacar sememangnya sangat umum menjangkiti masyarakat
kita kerana jangkitan ini mudah merebak.
Penyakit
cacar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyakit cacar air dan
penyakit cacar api.
Penyakit
cacar air atau lebih dikenali sebagai ‘chickenpox’ ini merupakan
satu penyakit di mana individu terbabit mempunyai jangkitan virus.
Virus
tersebut bernama ‘varicella zoster’. Virus ini selalunya menjangkiti golongan
muda seperti bayi, kanak-kanak serta remaja. Namun ia juga boleh menjangkiti
golongan dewasa.
Penyakit
cacar yang melibatkan golongan dewasa merupakan penyakit cacar api dan
ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.
Sebenarnya
sejarah penyakit cacar sudah lama. Dalam sejarah penyakit manusia, cacar antara
penyakit yang merebak di seluruh dunia sehingga ia dianggap sebagai satu
konspirasi pihak-pihak tertentu.
Peperangan
melawan cacar dapat diredakan apabila pada tahun 1798, apabila doktor Edward Jenner
telah menemui vaksin untuk penyakit ‘cacar lembu’.
Kajian
mengenai vaksin itu dimulai pada 14 Mei 1796, apabila Jenner memindahkan cairan
cacar dari seorang pengidap cacar lembu ke kedua lengan James Phipps, seorang
anak lelaki tukang kebunnya yang berusia lapan tahun.
Percubaan
Jenner itu berjaya apabila Phipps bukan sahaja selamat, bahkan beliau tidak dijangkiti
cacar lembu yang sedang merebak kepada ketika itu.
Tindakan
itu menjadi sejarah vaksinasi pertama di dunia.
Melalui
kejayaan percubaan itu, Jenner telah mempertingkatkan penyelidikan dan penyediaan
vaksin yang lebih baik. Tahun 1798 dianggap sebagai tahun penggunaan vaksin
pertama di dunia.
Namun,
penyakit cacar itu sendiri berubah dalam pelbagai bentuk yang sukar untuk
dihapuskan sepenuhnya dalam kamus kehidupan manusia.
Sebab
itu, cacar masih wujud, tetapi dengan terkawal.
Gambar: mangsa cacar.
No comments:
Post a Comment