Monday 1 February 2021

KHASIAT MAS COTEK BANGKITKAN KEINGINAN SEKS

Di Malaysia terdapat banyak pokok harba yang kaya dengan nilai manfaat perubatan. Salah satu pokok herba yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu ialah pokok emas cotek ataupun mas cotek.

Pokok mas cotek ada dua jenis iaitu mas cotek jantan (berdaun kecil) dan mas cotek betina (berdaun besar). Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit, agoluran, barito, ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah, api-api telinga kera, raja ubat dan secotek emas.

Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. 

Antara khasiat mas cotek ialah berkaitan dengan kesihatan wanita. Mengamalkan minum air rebusan mas cotek boleh mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.

Khasiat mas cotek juga dapat meningkatkan ghairah seks lelaki dan wanita.  

Pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan.

Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan.  Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan.  

Mas cotek kaya dengan mengandungi bahan aktif yang sangat penting untuk sistem tubuh seperti flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthosyanins dan pehnols.

Kebaikan khasiat mas cotek:
- Mengurangkan keletihan.
- Memperbaiki peredaran darah.
- Mengeluarkan toksin badan.
- Memecah lemak.
- Membuang kolesterol dalam darah.
- Memperbaiki daya fokus dan ingatan.
- Membuang toksid dari badan.
- Mengawal penyakit kencing manis.
- Mengurangkan darah tinggi dan lemah jantung.
- Mengurangkan kesan sakit pinggang.
- Meningkatkan keinginan seks suami dan isteri.
- Menguatkan otot kelamin tuan dan puan.
- Melancarkan peredaran haid.
- Merawat penyakit pneumonia.
- Memperbaiki kerosakan urat saraf.
- Membantu mengatasi masalah keputihan.
- Merawat migraine.
- Merawat resdung.
- Merawat batu karang.
- Merawat gout.

No comments:

Post a Comment