Wednesday, 4 July 2018

MENGAPA MUSIM DURIAN DAN MANGGIS SERENTAK

Musim manggis biasanya bersekali dengan musim durian. Adakah secara kebetulan atau ada hikmah yang Allah ingin manusia mendapat manfaatnya? Durian dipanggil raja buah dan buah manggis atau dalam dialek Kelantan dipanggil seto pula digelar ratu buah. Mengapa gelaran diberikan sedemikian?
Sifat isi durian akan memberi kesan panas kepada badan jika dimakan dalam jumlah yang banyak. Bahkan ada orang yang makan seulas durian pun sudah rasa kepanasan dan boleh menyebabkan rasa pening. Sebab itu, ada petua untuk menghalang atau menghilang kepanasan badan akibat makan buah durian ialah dengan memasukkan air pada pangsa atau tempat ulas durian dan kemudian diminum air tersebut.
Satu lagi petua menghilangkan kepanasan badan akibat makan buah durian ialah dengan memakan buah manggis. Buah manggis dikatakan boleh membantu menyejukkan badan. Inilah dikatakan kaitan musim durian dan manggis yang ditakdirkan berbuah serentak. Jika ada ditemui buah durian, cubalah cari-cari buah manggis yang akan ada bersama.
Allah menjadikan sesuatu secara berpasang-pasang. Saling melengkapkan antara satu sama lain. Jika ada penyakit, tentu ada penawarnya. Begitulah Allah memberi pengajaran kepada kita tentang fungsi setiap apa yang dicipta.

No comments:

Post a Comment