Monday, 21 July 2025

RUNDINGAN PN DENGAN BN SELEPAS PRU KE-15

 
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diadakan pada 19 November 2022.  Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati tiada satupun parti atau gabungan parti yang mendapat majoriti mudah atau 112 kerusi.
 
Keputusan berikut dicatatkan dalam sejarah PRU ke-15 ialah Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Pakatan Harapan (PH) menguasai 81 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) pula mendapat 74 kerusi.
 
Manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat 23 kerusi dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula enam kerusi. Warisan dan bebas pula masing-masing mendapat tiga dan dua kerusi.
 
Justeru tidak ada parti atau gabungan parti dapat membentuk kerajaan Pusat, terdapat perbincangan atau rundingan melibatkan parti-parti untuk membentuk kerajaan gabungan.
 
Antara perbincangan tersebut adalah yang melibatkan wakil dari PN dan BN. Rundingan tersebut diadakan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur pada 23 November 2022.
 
Delegasi PN diwakili oleh:
- Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin – Presiden BERSATU/Pengerusi PN.
- Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang – Presiden PAS/Timbalan Pengerusi PN
- Datuk Dr Dominic Lau – Presiden GERAKAN/Timbalan Pengerusi PN
- Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu – Timbalan Presiden BERSATU /Timbalan Pengerusi PN (ketika itu)
- Datuk Seri Hamzah Zainuddin – Setiausaha Agung BERSATU/Setiausaha Agung PN (ketika itu)
- Datuk Seri Takiyuddin Hassan – Setiausaha Agung PAS/Timbalan Setiausaha Agung PN
- Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar – Naib Presiden PAS/Bendahari Agung PN (ketika itu)
- Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee – Naib Presiden BERSATU/Ahli MT PN
- Datuk Dr Mohd Radzi Jidin – Naib Presiden BERSATU/Ahli MT PN
 
Delegasi BN diwakili oleh:
- Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan – Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Pengerusi BN
- Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob – Naib Presiden UMNO
- Datuk Seri M Saravanan – Timbalan Presiden MIC
- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir – Setiausaha Agung BN
- Arthur Joseph Kurup – Presiden PBRS.
 
Pertemuan berlangsung dalam suasana yang mesra dan muhibbah melibatkan pemimpin kanan kedua-dua parti.
 
Kedua-dua pihak menyatakan permintaan dan tawaran masing-masing.
Semuanya dicatat dan didokumenkan.
 
Bagaimanpun, perbincangan tersebut tidak membawa kepada gabungan membentuk kerajaan. Sebaliknya yang membentuk Kerajaan Perpaduan adalah melibatkan PH, BN, GPS, GRS dan Warisan. 
 

No comments:

Post a Comment