Menora
satu tradisi masyarakat Siam di Malaysia, khususnya di Kelantan, Kedah dan
Perlis. Menora mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu
sendiri.
Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi,
atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu.
Menora
adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan
lain-lain. Dramatari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama,
nyanyian, dan tarian.
Memandangkan
menora agak terkenal pada masa dahulu dan dimainkan di kebanyakan tempat,
banyak tempat dinamakan dengan nama menora yang dikaitkan dengan permainan
menora itu.
Salah
satu nama tempat dinamakan ‘menora’ ialah Bukit Menora. Bukit Menora terletak
di Langawi yang menjadi lokasi yang memiliki nilai sejarah yang mengujakan
untuk diteroka.
Bukit
Manora kaya dengan hutan tropika, flora dan fauna termasuk pokok herba.
Kewujudan
gok (dapur atau relau) untuk membuat arang yang dibina dengan batu-batuan
sungai disusun rapi di sekitar Bukit Manora antara keunikan di sini.
Terdapat
10 gok dijumpai, sekali gus membuktikan industri arang kayu bakau di kawasan
ini sangat aktif satu ketika dahulu. Penemuan lain ialah serpihan mangkuk dan
gelas yang tertera pengeluarannya pada tahun 1310.
Di
Pulau Pinang pula ada tempat yang dinamakan Kampung Padang Menora, Tasek
Gelugor. Berhampiran Kampung Padang Menora lahir sebuah kampung yang dinamakan Kampung
Baharu Padang Menora.
Di
Kuala Kangsar, Perak juga ada sebuah kampung yang dinamakan Kampung Menora.
Kampung ini terkenal sebagai kampung yang kaya dengan unsur tradisional.
Di
Kuala Ketil, Kedah pula terdapat dua kampung yang menggunakan perkataan ‘menora’
iaitu Kampung Paya Menora dan Kampung Kuala Menora.
Bagi
pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dari Ipoh ke Kuala Kangsar akan melalui Terowong
Menora. Kedudukan Terowong Menora terletak di bawah Banjaran Keledang, negeri
Perak.
Terowong
Menora tidak dapat lari dari pelbagai cerita-cerita mistik, kisah misteri dan
cerita seram sama seperti keadaan di Lebuh Raya Karak sejak dibuka kepada
pengguna awam.
Oleh
kerana terowong ini berada di Banjaran Keledang, keadaan laluan lebuhraya di
bawah agak curam dan berselekoh tajam untuk kedua-dua belah arah utara dan
selatan.
Lebuh raya
ini juga digelar sebagai jajaran maut kerana statistik kemalangan maut yang
kerap berlaku di situ sepanjang tahun. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar
sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni selepas melepasi terowong di
lebuh raya tersebut.
No comments:
Post a Comment