Friday 29 June 2018

PANTUN PONDOK MENJADI BANGSAL

Pondok menjadi bangsal
Bangsa ada di hujung desa
Usul menunjukkan asal
Bahasa menunjukkan bangsa.

Pantun di atas bermaksud apa yang dilakukan akan menunjukkan asal dan identiti kita. Bahasa yang dipertuturkan pula akan menunjukkan bangsa, jatidiri dan budaya yang diamalkan. Jadi amat penting kita mengamalkan cara hidup yang baik dan terpuji. Bertuturlah dengan bahasa yang baik dan mencerminkan identiti diri dan bangsa.

Pondok - 1. rumah kecil yang didirikan untuk semen­tara (di sawah, di ladang, dan lain-lain), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang); 3. Jk rumah kecil yang tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dan lain-lain); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dan lain-lain); pondok telefon bangunan kecil tempat telefon untuk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dan lain-lain), menumpangkan (di rumah orang dan lain-lain); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bangsal - rumah atas tanah yang biasanya tidak berdinding dan digunakan untuk sementara saja: Mereka menyimpan papan di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Bangsa - 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan: Bangsa Melayu; ilmu bangsa pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dan lain-lain) sesuatu bangsa; 2. kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan: bangsa Malaysia; 3. macam, jenis: setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh bangsa; 4. jantina, jenis kelamin; 5. darjat tinggi, keturunan mulia: bahasa menunjukkan bangsa; rosak bangsa kerana laku;sebangsa 1. serupa bangsa, satu bangsa: bangsa dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah bangsa unggas;berbangsa 1. termasuk dalam bangsa: jurutaip itu bangsa Cina; 2. daripada keturunan orang baik-baik (bangsawan dan lain-lain): orang berasal lagi bangsa; 3. Mn berkerabat: saya bangsa dengan isterinya;membangsakan ark menganggap sebagai bangsa (kerabat dll);kebangsaan 1. yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional: semangat bangsa; 2. dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dsb: pakaian bangsa; bunga bangsa; bahasa bangsa; 3. yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara: lagu bangsa;berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dari mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar bangsa yang tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Usul - 1. mula, asal mula, asal; bangsawan usul bangsawan yang diwarisi (daripada nenek moyang); 2. yang semula (sejati), yang asli: ditanggalkan-nya baju panjang yang dipakainya itu, maka nampaklah usul tubuhnya; 3. ki sifat yang semula, kelakuan, perangai, tabiat; usul asal = asal usul asal keturunan, salasilah; usul bangsawan (budiman) yang bersifat bangsawan (budiman); usul fikiran pokok (isi, asas) fikiran; usul menunjukkan asal peribasa perangai menunjuk-kan bangsa (darjat); ~ usul, asal asal, asal jangan ditinggalkan peribasa dalam mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan; berusul bermula (dari), berasal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Asal - 1. mula(nya), yang mula-mula (pertama) sekali: adapun asal nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk asal bangunan itu dikekalkan; rancang­an asal; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dari mana asalnya budak ini? 3. = asal saja (sahaja) = asalkan = asal-asalkan a) dengan syarat, apabila: kau boleh pulang asal pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yang patut, asal tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap asal saja: asal dapat gaji terus berjoli; asal ada kecil pun jadi (pada) peribahasa kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan peribasa tabiat orang tidak akan berubah; asal berisi tembolok senang hati peribasa apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; asal ditugal adalah benih peribasa janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan asal peribahasa kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, asal jangan ditinggalkan peribasa dalam segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu asal dari Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu asal dari raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yang asal; mengasalkan = asal kepada memulangkan kepada, mengembalikan kepada (asal, keadaan semula); diasalkan = asal oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pada garis satah atau dalam ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bahasa -  1 sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran: bahasa Melayu; bahasa Jawa. 2 kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan: Orang-orang daripada pelbagai kaum di Malaysia menggunakan bahasa Melayu. 3 kelakuan yang baik: tak tahu bahasa kurang ajar; tidak sopan. bahasa asing bahasa yang bukan bahasa ibunda sendiri, yang dipelajari secara formal atau tidak formal. bahasa badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. bahasa baku ragam bahasa yang diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yang terdidik dalam bahasa berkenaan (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yang mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dalam perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). bahaa basahan bahasa yang digunakan sehari-hari dalam keadaan tidak rasmi. bahasa dalam kata-kata atau bahasa yang biasa digunakan di kalangan raja-raja (seperti santap, gering, dan mangkat). bahasa halus kata-kata atau bahasa yang sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan (seperti bersalin, hamil, dan meninggal dunia). bahasa ibu (ibunda) bahasa yang pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan untuk berhubungan dengan keluarga dan lingkungannya. bahasa kasar kata-kata atau bahasa yang tidak sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan (seperti mampus dan melahap). bahasa kebangsaan bahasa yang diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. bahasa lisan ragam bahasa yang digunakan dalam pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. bahasa moden bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, misalan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. bahasa pasar ragam bahasa Melayu yang tidak betul jalan bahasanya (terutamanya seperti yang dituturkan oleh orang asing yang tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). bahasa pengantar bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam mesyuarat, dalam pemberian pelajaran di sekolah dasan sebagainya bahasa penyatu bahasa yang memainkan peranan penting dalam menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yang berbilang kaum, budaya, agama dan sebagainya. bahasa persuratan bahasa yang digunakan dalam penulisan dan dalam karya kesusasteraan. bahasa rasmi bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. bahasa tulis (tulisan, surat) ragam bahasa seperti yang digunakan dalam karangan-karangan bertulis (sebagai lawan bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu bahasa Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yang baik; bersopan santun: Orang berbudi kita bahasa. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dengan panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak bahasa saudara lelaki mereka yang tertua, yop. 2 menyatakan dengan kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup bahasa kesedihan yang ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yang berkaitan dengan bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

No comments:

Post a Comment