Bapa mertua ghairah main dengan menantu. Bapa mertua dan menantu juga ada nafsu melakukan
perkara ditegah. Apabila nafsu menguasai
diri, kewarasan fikiran berdasarkan iman akan melayan. Kehendak nafsu jahat akan diikuti semahu
hati.
Sesiapa melakukan dosa, maka perlulah dia
bertaubat. Bertaubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar
dan kembali mengikut segala tuntutan syarak.
Taubat yang sebenar-benarnya akan membersihkan diri seperti tidak pernah
melakukan dosa yang berkenaan.
Namun, ini tidak bermakna manusia boleh melakukan dosa dan kemudian bertaubat secara suka-suka. Taubat yang tidak ikhlas atau hanya di mulut saja tidak akan diterima.
Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada manusia
agar memohon taubat kepada-Nya. Sesiapa
pernah melakukan dosa tidak sepatutnya berputus asa untuk mendapat keampunan
daripada Allah SWT.
Firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai
Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang
melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah
jua yang mengampunkan segala dosa.
Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
(Surah az-Zumar, ayat 53).
Melakukan perbuatan dosa merupakan satu kezaliman
terhadap diri sendiri di dunia dan di akhirat.
Kezaliman itu menjadi semakin berat dan berambah jika tidak mahu
bertaubat dengan segera untuk membersihkan diri.
Taubat boleh dilakukan sepanjang masa tanpa perlu
menunggu usia tua atau pada hari tertentu sahaja. Sebaik-baik taubat ialah yang dilakukan
sebaik selepas menyedari telah melakukan dosa.
Tindakan itu dapat mengelak diri terbiasa melakukan dosa dan seronok
mengulanginya hingga tidak mahu bertaubat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya
berjayalah orang yang membersihkan jiwanya itu dan rugilah orang yang
mengotorinya (dengan kekotoran maksiat).” (Surah as-Syams, ayat 9 - 10).
Taubat melahirkan jiwa tenang, bersih dan tidak
gusar. Apabila bertaubat dengan
sebenar-benarnya, Allah SWT mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan
kita benar-benar beriman. Taubat memperkuatkan
takwa dan benci terhadap perbuatan dosa.
Sebenarnya amat penting kita melakukan taubat
sebaik menyedari melakukan dosa. Cara
itu dapat menyucikan titik hitam yang terbentuk di dalam hati setiap kali
melakukan dosa. Jika tidak dibersihkan
segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu tompok hitam yang sukar
untuk disuci lagi.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Seorang
mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah
berwarna hitam. Jika dia bertaubat,
meningggalka dan beristighfar, hantinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah
hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam
al-Quran.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).
Semakin banyak tompokan hitam telah menutupi hati
bermakna telah banyaklah perbuatan ingkar dilakukan.
Manusia yang telah tertutup hatinya sukar menerima kebenaran yang dijelaskan kepada mereka. Sebaliknya mereka menyalah pihak lain mengapa perkara itu terjadi.
Manusia yang telah tertutup hatinya sukar menerima kebenaran yang dijelaskan kepada mereka. Sebaliknya mereka menyalah pihak lain mengapa perkara itu terjadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sekali-kali
tidak demikian (ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya), bahkan mata hati mereka
diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab perbuatan (mungkar dan maksiat) yang
mereka kerjakan.” (Surah al-Mutaffifin, ayat 14)
No comments:
Post a Comment