Tanah Perkuburan Perang Taiping (Taiping War Cemetery).
Tanah perkuburan ini menepatkan 856 korban ketika Perang
Dunia Kedua dan beberapa tahun selepas tamat perang. Lebih daripada 500 korban tersebut
tidak dapat dikenal pasti hingga ke hari ini.
Askar-askar yang disemadikan di sini termasuk askar British,
India dan juga askar Melayu yang beragama Islam.
Ia terletak di Jalan Bukit Larut, Taiping, diuruskan oleh Commonwealth
War Grave Commission (Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel).
Kawasan perkuburan ini terbahagian dua yang dipisahkan oleh Jalan
Air Terjun. Sebelah tenggara menempatkan plot kubur Kristian (askar British dan
Komanwel). Sebelah barat laut menempatkan plot kubur Muslim, Gurkha, serta
beberapa batu nisan Cina Malaysia.
Di kawasan kubur Kristian terdapat Monumen Peringatan berupa
Cross of Sacrifice (Salib Pengorbanan). Manakala di sebelah bertentangan dilengkapi
dengan Stone of Remembrance (Batu Peringatan) yang tertulis "Their Name
Liveth For Evermore".
Tanah perkuburan ini bukan menempatkan mangsa daripada satu
medan tempur sahaja. Begitu juga, ia bukan tempat awal dikebumikan sebaik
selepas kematian.
Selepas Perang Dunia Kedua, kubur dipindahkan dari kawasan
pertempuran, tapak pengebumian sementara serta tanah perkuburan kampung atau
awam yang sukar dijaga secara kekal.
Jenazah dipindahkan dari pelbagai tempat dan dikembumikan
kembali di situ dengan reka letak yang tersusun dan data maklumat peribadi
setakat yang diketahui yang ditulis di setiap batu nisan.
Batu nisan yang tidak tercatat apa-apa maklumat bermaksud
tidak dikenal pasti namanya, tetapi dikenal pasti sebagai anggota tentera yang
terkorban ketika Perang Dunia Kedua.
Tugu yang tertulis - "Their Name Liveth For Evermore".
Reka letak kawasan perkuburan

No comments:
Post a Comment